X

Kindly register in order to view this article
!

Amirudin bertemu kepimpinan PKR Kuala Langat malam ini

Amirudin Shari
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan bertemu pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Langat pada Sabtu malam bagi memastikan keutuhan organisasi parti dan menyusun program di kawasan tersebut.

Perjumpaan secara tertutup yang belum dipastikan waktu itu juga akan membincangkan isu berbangkit dalam politik.

Amirudin menerusi satu kenyataan pada Sabtu berkata, beliau yakin PKR Cawangan tetap bersemangat meneruskan perjuangan parti itu dan berkobar-kobar mempertahankan kawasan tersebut pada pilihanraya akan datang.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor itu berkata, beliau dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) daripada PH memberi jaminan akan setia dengan perjuangan PKR dan PH yang mengutamakan kecemerlangan, kestabilan dan keutuhan negeri tersebut.

"PKR Negeri Selangor mengajak seluruh penyokong PKR serta PH agar terus istiqamah dengan perjuangan untuk melaksanakan perubahan.

"PKR dan PH Negeri Selangor berazam kukuh dan bertekad untuk terus menterjemah agenda reformasi kepada dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat serta negeri Selangor," katanya pada Sabtu.

Pada Sabtu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau turut mengumumkan akan menjadi Ahli Parlimen Bebas dan menyokong kerajaan PN.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil kerana kekecewaan beliau terhadap situasi politik yang berlaku dalam negara ketika ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!