AMK Kuala Langat kecewa tapi bersyukur Dr Xavier keluar parti

Dr Xavier Jayakumar yang keluar dari PKR dan menjadi ahli parlimen bebas menyokong kerajaan PN. Gambar kecil: Mohd Shah Rezza
Dr Xavier Jayakumar yang keluar dari PKR dan menjadi ahli parlimen bebas menyokong kerajaan PN. Gambar kecil: Mohd Shah Rezza
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kuala Langat kecewa terhadap keputusan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ahli parlimen bebas menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketuanya, Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman menerusi satu kenyataan bagaimanapun berkata, beliau bersyukur kerana parti itu dapat dibersihkan daripada mereka yang tiada prinsip perjuangan, terutamanya golongan yang ingin menutup salah laku ketika kumpulan itu berkuasa.

Menurutnya, kini parti tersebut semakin mengenali kawan dan lawan setelah menghadapi pelbagai siri pengkhianatan.

"Selaku pimpinan sayap parti di Kuala Langat, kami memilih untuk kekal setia bersama Keadilan dan tolak perbuatan khianat.

"AMK Kuala Langat masih kukuh dan utuh bagi menterjemah perjuangan reformasi," katanya pada Sabtu.

Pada Sabtu, Dr Xavier mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau turut mengumumkan akan menjadi ahli Parlimen bebas dan menyokong kerajaan PN.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil kerana kekecewaan beliau terhadap situasi politik yang berlaku dalam negara ketika ini.

Artikel Berkaitan: