Aswara umum ahli lembaga pengarah

Rashidi (duduk, tengah) bersama kesemua Ahli Lembaga Pengarah Aswara termasuk yang baru dilantik.
Rashidi (duduk, tengah) bersama kesemua Ahli Lembaga Pengarah Aswara termasuk yang baru dilantik.
A
A
A

PUTRAJAYA - Akademi Seni dan Warisan (Aswara) telah mengumumkan pelantikan tiga ahli lembaga pengarah baharu berkuatkuasa 1 Februari lalu.

Mereka terdiri daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan MoTAC), Saraya Arbibalan sebagai wakil kerajaan, Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan pemimpin masyarakat Sabah, Bustan @ Industan Lumantang.

Watikah pelantikan disampaikan oleh Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, semalam.

Pada sesi tersebut, turut diadakan mesyuarat Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) 2019 di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, di sini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Aswara, Datuk Rashidi Hasbullah berkata, Aswara diharap menjadi sebuah pusat pengajian kesenian, budaya dan warisan terulung yang menjadi rujukan kepada universiti di dalam dan juga luar negara.

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Kementerian turut dimaklumkan, kerajaan telah bersetuju meluluskan projek pembinaan bangunan tambahan enam tingkat untuk asrama pelajar bernilai RM14 juta.

Menurutnya, Aswara telah berjaya memperoleh Sijil Akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan bagi kesemua 28 program akademik di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah bagi melayakkan graduan Aswara bekerja dalam sektor perkhidmatan awam.

Artikel Berkaitan: