1,470 kes positif Covid-19 hari ini

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Malaysia merekodkan 1,470 kes baharu Covid-19 dengan tiga kematian pada Sabtu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kes sembuh pula adalah 1,830 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh dalam negara adalah 304,492.

“Daripada kes baharu hari ini (Sabtu), ia melibatkan 1,458 kes tempatan iaitu 1,099 warganegara dan 359 bukan warganegara manakala 12 lagi adalah kes import,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 pada Sabtu.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu 551 kes, diikuti Sarawak (222 kes) dan Pulau Pinang (178 kes).

Sementara itu, sebanyak 162 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 70 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata, tiga kematian yang direkodkan pada Sabtu kesemuanya melibatkan warga tempatan dengan masing-masing satu kes di Selangor, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Beliau berkata, sebanyak dua lagi kluster baharu dikenalpasti melibatkan kluster berkaitan tempat kerja.

“Kluster tempat kerja dikesan di Johor iaitu Jalan Mega Cemerlang dan satu lagi di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur iaitu Jalan Pria,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, ini menjadikan jumlah kluster aktif kini 426 kluster dengan 52 daripadanya mencatatkan pertambahan kes baharu pada Sabtu.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada Sabtu adalah Kluster Tapak Bina, Jalan Salak (73 kes), Kluster Lintang, Bayan Lepas (56 kes) dan Kluster Tembok, Tapah (49 kes),” katanya.