X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Jamal tidak setuju kenyataan Ku Li

Jamal memuat naik status di Facebooknya pada Sabtu.
A
A

SUNGAI BESAR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos tidak bersetuju dengan kenyataan pemimpin veteran parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah yang melabelkan Pas sebagai 'pelacur politik' yang perlu ditewaskan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jamal berkata, beliau amat menghormati Tengku Razaleigh tetapi kenyataan itu hanya mengeruhkan lagi hubungan dua parti terbesar Melayu itu.

"Untuk apa kita berbalah sesama kita? (Sepatutnya) kita UMNO jaga keluarga besar kita.

"Tak usah kita hendak mengata parti Pas dengan perkataan seumpama itu," katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook beliau pada Sabtu.

Jamal menegaskan, UMNO dan Pas sepatutnya mencari jalan kebersamaan dan mencapai kesepakatan bagi meyakinkan rakyat tentang penyatuan kedua-dua parti terbabit.

"Insya-ALLAH jika kebaikan yang kita cari, baiklah yang akan menjelma. Selain daripada doa, mulakan dengan ucapan yang baik-baik.

"UMNO dan Pas ibarat air yang dicincang tak akan putus," katanya.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh melabel Pas sebagai 'pelacur politik' dan menggesa UMNO untuk menewaskan parti itu pada PRU15 akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN PRU15: Ku Li label Pas 'pelacur', gesa UMNO tolak kerjasama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!