Solskjaer tak ambil mudah cabaran West Ham

Beberapa pemain United dilaporkan tidak dapat beraksi pada perlawanan menentang West Ham pagi Isnin nanti.
Beberapa pemain United dilaporkan tidak dapat beraksi pada perlawanan menentang West Ham pagi Isnin nanti.
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengingatkan kesebelasan pemain agar tidak mengambil mudah aksi berdepan West Ham di Old Trafford awal pagi Isnin nanti.

Menurut Solskjaer, biarpun skuad The Hammers itu berada pada kedudukan kelima pada carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 48 mata berbanding United dengan 54 mata pada kedudukan kedua.

Malah katanya, skuad kendalian David Moyes itu juga dilihat memiliki kelebihan apabila memiliki baki satu perlawanan.

“Kita tidak boleh ambil mudah pertemuan ini kerana kita bakal beraksi tanpa tiga tonggak tengah seperti Paul Pogba, Juan Mata dan Donny van de Beek yang dilanda kecederaan.

“Oleh itu, Fred, Scott McTominay, Nemanja Matic dan Bruno Fernandes, berkemungkinan besar akan diberikan tanggungjawab untuk mengemudi posisi tengah pasukan pada perlawanan itu nanti.

“Selain itu kita juga berdepan masalah di jentera serangan pasukan apabila Anthony Martial, Marcus Rashford dan Edinson Cavani juga dikesan mengalami kecederaan,” katanya.

Aksi kedua-dua pasukan awal pagi Isnin nanti dijangka menarik berikutan skuad The Red Devils perlu memenangi perlawanan kali ini dalam usaha mengukuhkan kedudukan pada tangga kedua EPL.

The Hammers juga perlu mencatatkan kemenangan dalam usaha mereka untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas EPL dan merebut slot automatik ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Solskjaer turut mengesahkan penjaga gol, David De Gea sudah pun kembali bersama pasukan setelah pulang ke Sepanyol bagi menyambut kelahiran anak sulungnya baru-baru ini.

Katanya, kehadiran semula De Gea diharap dapat membantu menangani masalah di pintu gol United berikutan kesilapan-kesilapan yang dilakukan Dean Anderson dalam tiga perlawanan sebelum ini.

“Ya, De Gea sudah kembali, tetapi kita tidak dapat pastikan apakah dia boleh beraksi kerana dia perlu menjalani tempoh kuarantin sebelum menjalani latihan bersama pasukan,” katanya.