Pemain industri pelancongan wajar diberi vaksin awal

Aminuddin menandatangani plak perasmian Taman Rekreasi Air Seremban.
Aminuddin menandatangani plak perasmian Taman Rekreasi Air Seremban.
A
A
A

SEREMBAN - Pemain industri pelancongan wajar diberi vaksin Covid-19 pada fasa kedua dalam usaha kerajaan memulihkan semula industri itu yang terjejas teruk.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, langkah itu dapat memberi keyakinan kepada masyarakat untuk pergi bercuti sekali gus mengekang penularan pandemik Covid-19.

"Itu antara yang perlu dipertimbangkan kerajaan Pusat kerana industri pelancongan lah yang amat terjejas teruk berbanding industri lain sejak awal pandemik Covid-19 sehinggalah sekarang.

"Jadi saya bersetuju jika pemain industri pelancongan ini dapat diberi keutamaan sebagai penerima vaksin pada fasa kedua agar mereka yang mahu pergi bercuti rasa lebih selamat sebaik sahaja diberi kebenaran untuk merentas negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir pada Majlis Perasmian Taman Rekreasi Air Seremban di sini pada Sabtu.

Berkenaan majlis berkenaan beliau berkata, sebanyak RM340,000 diperuntukkan kerajaan negeri untuk menjenamakan semula Taman Rekreasi Air Seremban dengan menyediakan kemudahan aktiviti rekreasi air sebagai tarikan terbaharu kepada pengunjung.

Aminuddin berkata, ia melibatkan kerja-kerja pembangunan meliputi pembelian 'padel boat', pembinaan kaunter tiket, pembinaan jeti, kerja-kerja seni dan kerja-kerja sivil berkaitan.

"Taman ini merupakan produk pelancongan baharu di Taman Tasik Seremban yang kini telah berumur lebih 100 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Pembangunan ini akan memberi impak kepada perekonomian secara hiliran kepada masyarakat setempat dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang terlibat," katanya.

Aminuddin (dua dari kanan) mencuba bot basikal di Taman Rekreasi Air Seremban dengan Zazali (kanan) dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan.
Aminuddin (dua dari kanan) mencuba bot basikal di Taman Rekreasi Air Seremban dengan Zazali (kanan) dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan.

Aktiviti rekreasi air di Taman Tasik Seremban mula dibuka kepada orang ramai bermula Oktober lalu dengan waktu operasi dari jam 2 petang hingga 7 malam pada Isnin hingga Jumaat manakala pada hujung minggu bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.

Pihak penganjur menawarkan diskaun 50 peratus bagi semua permainan air selama 20 minit.

Hadir sama, Datuk Bandar MBS, Datuk Zazali Salehudin dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan.