Zionis roboh rumah keluarga Palestin

Jentolak Israel tiba di Beit Jala.
Jentolak Israel tiba di Beit Jala.
A
A
A

BAITULAHAM - TEBING BARAT. Jentolak Israel memusnahkan rumah milik keluarga Palestin berhampiran tembok pemisah di bandar Beit Jala, semalam.

Pemilik rumah berkenaan, Muhammad Mousa Zreineh berkata, tentera Zionis menyerbu dan mengasari ahli keluarganya sebelum menjalankan kerja-kerja perobohan.

Tambah Zreineh, ini adalah kali kedua keluarganya hilang tempat tinggal selepas Israel memusnahkan rumahnya pada 2016.

Rejim Israel kerap menggunakan alasan membina tanpa permit untuk melaksanakan perobohan ke atas rumah penduduk Palestin secara berterusan. - Agensi

Artikel Berkaitan: