X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Perlis catat kadar kebolehjangkitan tinggi

Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara hari ini berada di tahap 0.85, dengan Perlis mencatat Rt tertinggi pada 1.71.
A
A

KUALA LUMPUR- Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara hari ini berada di tahap 0.85, dengan Perlis mencatat Rt tertinggi pada 1.71.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan, Pulau Pinang merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.03.

Negeri lain yang mencatat bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.97), Selangor, Putrajaya, Terengganu masing-masing 0.95, Melaka (0.89), Sabah (0.88), Johor (0.86), Labuan (0.85), Kelantan (0.81), Kuala Lumpur dan Pahang (masing-masing 0.79), Kedah (0.76), Perak (0.64) serta Negeri Sembilan (0.61).

Hari ini, kes baharu positif pandemik COVID-19 kekal empat angka dengan 1,575 kes, selain tiga kematian dilaporkan. – Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!