Sila log masuk terlebih dahulu.

Kemalangan buat Izzul lebih berhati-hati

Izzul terpaksa gantung kunci motosikal hampir dua minggu selepas motosikal rosak akibat kemalangan, selain menunggu pulih daripada kecederaan. - Foto 123RF
Izzul terpaksa gantung kunci motosikal hampir dua minggu selepas motosikal rosak akibat kemalangan, selain menunggu pulih daripada kecederaan. - Foto 123RF
A
A
A

GEORGETOWN - Pernah terlibat kemalangan ketika mahu menghantar pesanan pelanggan membuatkan Izzul Irfan Idris kini lebih berhati-hati di jalan raya ketika menjalankan tugas.

Izzul, 26, yang hampir dua tahun berkhidmat di Pulau Pinang mengakui sebelum ini berasa teruja untuk mengejar pusingan perjalanan bagi mengaut upah harian yang tinggi sehingga mengabaikan aspek keselamatan di jalan raya.

Menurutnya, kemalangan yang berlaku pada tahun lalu memberi tamparan hebat dalam hidupnya apabila motosikal yang selama ini menjadi sumber rezeki rosak teruk selepas dia berlanggar dengan sebuah kereta.

“Saya terpaksa gantung kunci motosikal hampir dua minggu selepas motosikal rosak, selain menunggu pulih daripada kecederaan dan waktu itu memang saya tiada sumber pendapatan.

“Selepas kejadian itu saya lebih berhati-hati dan patuh peraturan jalan raya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Izzul berkata lagi, tiada guna andai seorang rider membahayakan diri semata-mata mahu mengejar trip kerana nyawa lebih bernilai berbanding upah yang sedikit.

Artikel Berkaitan: