Masa untuk hapuskan monopoli

Sistem monopoli bukan amalan yang baik kerana mengundang salah guna dan tarikan rasuah. - Foto 123RF
Sistem monopoli bukan amalan yang baik kerana mengundang salah guna dan tarikan rasuah. - Foto 123RF
A
A
A

AWANG dah lama kempen agar sistem monopoli di negara kita dihapuskan terus.

Monopoli tidak untungkan kerajaan dan rakyat, sebaliknya syarikat tertentu sahaja.

Sistem monopoli bukan amalan yang baik oleh sebab ia mengundang salah guna dan tarikan rasuah.

Pada pendapat Awang yang tak pandai ekonomi ini, monopoli sebabkan harga barangan dan perkhidmatan jadi tinggi.

Bagi syarikat berkenaan pula tidak ada sebab mereka nak kurangkan kos atau harga.

Pihak yang dapat monopoli barangan atau perkhidmatan akan buat apa sahaja untuk kekalkan monopoli.

Sistem terbuka di mana lebih banyak syarikat terbabit akan untungkan semua pihak dan buatkan barangan atau perkhidmatan jadi kompetitif.

Ambil sahaja contoh perkhidmatan komunikasi. Oleh sebab banyak syarikat terbabit maka berlaku persaingan yang hebat.

Artikel Berkaitan:

Tiap syarikat yang beri perkhidmatan telefon bimbit akan tawar perkhidmatan terbaik dan termurah. Pengguna mendapat manfaatnya.

Kita semua tahu ada beberapa syarikat yang diberikan monopoli barangan keperluan makanan.

Seluruh rakyat Malaysia bergantung pada satu atau dua syarikat pemegang monopoli ini.

Sejak kerajaan BN hingga ke PH dan kini PN, tidak ada sebarang tindakan nak putuskan rantaian monopoli ini.

Awang harap menjelang pilihanraya umum ke-15, mana-mana gabungan parti politik, baik pemerintah atau pembangkang, patut jadikan ‘hapus monopoli’ manifesto pilihan raya mereka. Awang boleh beri jaminan, pengundi akan beri sokongan padu.