Warga asing takut polis, tinggal motosikal tepi semak

Polis memeriksa motosikal yang ditinggalkan seorang individu dipercayai warga asing.
Polis memeriksa motosikal yang ditinggalkan seorang individu dipercayai warga asing.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal dipercayai warga asing terus meninggalkan motosikalnya di tepi lorong motosikal di Kilometer 29.3 Lebuhraya Persekutuan gara-gara cemas melihat operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, pada Jumaat.

Tindakan individu berkenaan yang dipercayai kontraktor warga asing disedari polis selepas melihat motosikal itu ditinggalkan di tepi semak di lokasi tersebut.

Pemeriksaan yang dijalankan pada motosikal itu menemukan beg berisi pakaian dipercayai milik penunggang motosikal berkenaan.

Warga asing tersebut dipercayai meninggalkan motosikalnya ketika polis membuat pemeriksaan dalam Ops Bersepadu Khas Ekzos Bising.

Polis memeriksa penunggang motosikal dalam Ops Bersepadu Khas Ekzos Bising di Kilometer 29.3 Lebuhraya Persekutuan pada Jumaat.
Polis memeriksa penunggang motosikal dalam Ops Bersepadu Khas Ekzos Bising di Kilometer 29.3 Lebuhraya Persekutuan pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, operasi dijalankan bermula dari jam 5 petang sehingga jam 6.40 petang.

"Sebanyak 436 motosikal dan 392 individu diperiksa dalam operasi tersebut.

"Sebanyak 138 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan antaranya berkaitan ekzos, nombor pendaftaran, tiada lesen memandu dan pelbagai kesalahan lain. Sebanyak 19 motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Operasi turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).