Sebak!, baru empat hari nikah...

Paparan Facebook Nur Shahirah undang simpati.
Paparan Facebook Nur Shahirah undang simpati.
A
A
A

SHAH ALAM - Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan.

Baru sahaja akad nikah pada 7 Februari lalu, impian pengantin baru untuk hidup bersama lebur apabila suaminya, Fikri Ghazali maut dalam kemalangan jalan raya di Shah Alam.

Motosikal yang ditunggang arwah dirempuh kereta ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Shah Alam.

Isterinya, Nor Shahirah Mohd Fuad meluahkan rasa pilu dengan kehilangan sebahagian nyawanya di Facebook mengundang rasa sebak dan simpati dari netizen.

"Dear sayang, 7 Februari kami nikah... dan 11 Februari suamiku, telah kembali ke rahmatullah.

"Alhamdulillah, arwah selamat dikebumikan di kampungnya di Tumpat Kelantan pada jam 5 pagi keesokkan harinya," katanya.

Dengan nada sedih, "Abang rehat ya kat sana, ALLAH lebih menyayangi abang, abang tunggu saya ya, sayang doakan abang ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Ya ALLAH, kuatkan hambamu ini ya ALLAH".

Nor Shahirah reda dengan pemergian arwah meskipun tidak sempat mengadakan majlis resepsi pada April ini di rumahnya di Sungai Besi.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, mereka juga merancang untuk meraikan bulan madu pada masa sama mengadakan hari keluarga di Kolam Air Panas Akar, Terengganu menjelang Aidilfitri nanti.

Status Facebooknya juga meminta jasa baik rakan-rakan dan warganet mendoakan kesejahteraan arwah suaminya dan sedekahkan Al-Fatihah untuknya.

Rasa rindu yang masih menebal terhadap suaminya, Nor Shahirah memuatnaik beberapa keping gambar di kubur, "Abang... sayang datang ni tengok abang...".

Sementara itu, netizen, Nurul Iman berkata, "empat hari lepas semua pakat ucap tahniah kepada akak, hari ini ucapan takziah dari semua orang... semoga akak kekal tabah, sabar serta reda dengan semua ketentuan ilahi. Semoga suami akak ditempatkan dalam kalangan yang beriman".

Mohd Sahnizam Mohd Ayup berkata, "Al-Fatihah, saya mengenali arwah... dia banyak membantu saya memberi nasihat tentang motor... buat awak semoga terus tabah...".

Khai Anas turut bersimpati, "Al-Fatihah... tabahkan hati.. istiqomah diri dan jangan ikut perasaan sedih yang datang itu.. penting doa kita semoga ada rezeki bertemu di syurga.. Insya-ALLAH".