X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Tertuduh kes kemalangan di Saujana Impian bukan staf Puspakom

S Lokganathen, 28, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kajang pada Rabu terhadap pertuduhan memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan di Saujana Impian, 7 Mac lalu. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menafikan seorang lelaki yang dituduh memandu secara melulu dan merbahaya hingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan di Saujana Impian, Kajang tiga hari lepas adalah kakitangan di syarikat berkenaan seperti dilaporkan dalam media.

Puspakom dalam kenyataan pada Jumaat menjelaskan bahawa tertuduh yang disebut dalam artikel terbabit bukan kakitangan mereka kerana berdasarkan kepada rekod pekerjaan menunjukkan bahawa S Lokganathen tidak pernah bekerja di syarikat berkenaan.

Lelaki terbabit dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang pada Rabu atas pertuduhan memandu secara melulu dan merbahaya hingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini meminta orang ramai agar tidak diperdaya oleh pihak ketiga yang mendakwa mereka sebagai ejen Puspakom dengan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut Puspakom, individu palsu ini biasanya akan mengaku bahawa mereka boleh mewakili pemilik kenderaan dan mengatur urusan untuk mengendalikan pemeriksaan kenderaan.

Puspakom berkata, syarikat berkenaan tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menawarkan akses kepada perkhidmatan pemeriksaan atau mengarahkan kakitangan keluar menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kepada orang awam.

“Semua perkhidmatan Puspakom boleh ditempah melalui aplikasi MyPuspakom. Jika orang ramai mendapati sesiapa yang mengaku sebagai kakitangan atau ejen Puspakom menawarkan perkhidmatan pemeriksaan, diminta memaklumkan kepada pihak kami di talian 03-51017000 atau [email protected].

“Perlu dijelaskan juga bahawa Puspakom tidak menggunakan ‘wakil’, ‘wakil’ itu adalah individu yang menawarkan perkhidmatan sebagai pihak ketiga yang bebas dan tidak dikaitkan secara rasmi dengan kami,” menurut kenyataan itu.

Menurut Puspakom, ‘wakil’ berkenaan juga perlu membuat janji temu untuk pelanggan mereka menggunakan aplikasi MyPuspakom dan membayar jumlah sama seperti individu lain yang menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!