Lelaki ditahan bersama 2,390 karton rokok seludup

Rokok seludup pelbagai jenama ditemukan di dalam kereta dan sebuah rumah selepas PGA melakukan serbuan di Taman Mega, Simpang Renggam, Kluang pada Khamis.
Rokok seludup pelbagai jenama ditemukan di dalam kereta dan sebuah rumah selepas PGA melakukan serbuan di Taman Mega, Simpang Renggam, Kluang pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki serta merampas 2,390 karton rokok seludup pelbagai jenama di Taman Mega, Simpang Renggam, Kluang pada Khamis.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, lelaki tempatan berusia 43 tahun itu ditahan pada jam 12 tengah hari.

"Rokok pelbagai jenama yang tidak mempunyai cukai kastam itu ditemukan dalam sebuah kereta Proton Wira dan juga dalam rumah.

No Image Caption

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM460,000. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Beliau menyeru orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban.

Artikel Berkaitan: