Mayat lelaki terdampar di Pantai Kemasin

Mayat seorang lelaki berketurunan Siam terdampar di Pantai Kemasin berhampiran Kampung Mengabang, Bachok.
Mayat seorang lelaki berketurunan Siam terdampar di Pantai Kemasin berhampiran Kampung Mengabang, Bachok.
A
A
A

BACHOK - Mayat seorang lelaki ditemui terdampar di Pantai Kemasin berhampiran Kampung Mengabang, di sini pada Jumaat.

Mayat lelaki berkenaan dikenali sebagai Pra Jot Eh Wah, 50, yang hanya berseluar pendek ditemukan oleh orang awam ketika melalui kawasan tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Mohd Yusrizal Mohd Ghazali berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada jam 11.45 pagi oleh orang awam.

"Siasatan awal kita mendapati mangsa dipercayai telah keluar dari rumahnya di Kampung Balai pada jam 6 pagi.

"Lelaki berkenaan dipercayai keluar rumah seorang diri dan pergi ke pantai sebelum ditemukan lemas," katanya.

Mohd Yusrizal berkata, difahamkan mangsa dipercayai mempunyai masalah tekanan perasaan sering dilihat ke pantai itu sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk proses bedah siasat.

"Ahli keluarga sudah membuat pengecaman mayat mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan: