IOC hargai usaha China tawar vaksin

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

BEIJING - Jawatankuasa Olimpik China komited menawarkan vaksin Covid-19 kepada atlet yang bakal menyertai Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo, Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Olimpik China, dan IOC akan menanggung kesemua kos yang berkaitan.

Menurut beliau, vaksin tersebut akan diberikan kepada atlet melalui dua pendekatan, iaitu melalui kerjasama rakan kongsi antarabangsa, atau dihantar terus kepada negara dan kawasan yang sudah menandatangani kontrak kerjasama vaksin dengan China.

Selain itu, beliau berpendapat sokongan China itu mencerminkan semangat Olimpik iaitu kerjasama dan bersatu padu.

Jelas Bach lagi, ia penting bagi menjamin penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo dapat diadakan dengan selamat.

Justeru katanya, IOC menyokong penuh pengagihan vaksin di pelbagai negara dan kawasan secara adil dan rasional. - Bernama

Artikel Berkaitan: