Solskjaer kecewa United sekadar seri

Kjaer menanduk masuk gol penyamaan AC Milan pada perlawanan berkenaan.
Kjaer menanduk masuk gol penyamaan AC Milan pada perlawanan berkenaan.
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer kecewa apabila skuad kendaliannya itu sekadar terikat 1-1 ketika berdepan AC Milan bagi aksi pusingan pertama peringkat kalah mati Liga Europa di Old Trafford pada awal pagi Jumaat.

Menurut Solskjaer, keputusan berkenaan tidak seharusnya berlaku jika penjaga gol, Dean Henderson dan benteng pertahanan pasukan kekal fokus dan tidak ‘leka’ terutamanya pada penghujung perlawanan hingga menyaksikan pelawat menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.

Justeru katanya, keputusan berkenaan sekali gus bakal menyukarkan skuad The Red Devils itu untuk berdepan dengan gergasi Serie A itu bagi aksi pusingan kedua di San Siro, 18 Mac ini.

“Sebelum ini saya telah melihat bagaimana penjaga gol kita, Henderson menyelamatkan bola seperti yang ditanduk masuk pemain AC Milan, Simon Kjaer pada perlawanan ini.

“Kita seharusnya terus mengasak ke pintu gol lawan, namun malangnya pemain-pemain kita terlalu ‘lambat’ melakukan dan seterusnya menyempurnakan asakan-asakan berkenaan.

“Apa pun, keputusan (seri) ini mungkin satu keputusan yang sewajarnya buat kita kerana sejak kebelakangan ini, kita sering berdepan dengan pasukan-pasukan hebat, hampir di setiap minggu,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, United membuka jaringan menerusi Amad Diallo pada minit ke-50, namun kelebihan itu berjaya dipadamkan pelawat apabila Simon Kjaer menjaringkan gol pada masa kecederaan.

Sementara itu Solskjaer berkata, keputusan seri itu turut membuatkannya berasa terkilan kerana gagal memastikan kemenangan pasukan dan membawa bekal selesa menjelang aksi pusingan kedua, 18 Mac depan.

Artikel Berkaitan:

“Kita berjaya menjaringkan gol pendahuluan, tetapi kita gagal mempertahankan kelebihan yang kita miliki dan akhirnya menyaksikan kita dihukum oleh gol penyamaan lawan pada masa kecederaan.