X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Pusat Khidmat ADUN Temiang ditutup sementara

Pusat Khidmat ADUN Temiang ditutup lima hari bermula Jumaat susulan seorang kakitangannya positif Covid-19.
A
A

SEREMBAN - Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang ditutup lima hari bermula Jumaat bagi kerja-kerja sanitasi.

ADUN Temiang, Ng Chin Tsai berkata, penutupan itu berikutan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19 pada Khamis selepas mengalami demam dan batuk.

"Pekerja pusat khidmat saya itu telah pun dimasukkan ke hospital dan mula mengalami demam serta batuk sejak minggu lalu sebelum disahkan positif Covid-19.

"Jadi sebagai langkah keselamatan kesemua pekerja pusat khidmat, saya telah pun membuat saringan Covid-19 dan kini sedang dikuarantin di rumah sementara menunggu keputusan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sehubungan itu katanya, masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Temiang yang mempunyai masalah untuk diadukan boleh berhubung dengan mana-mana Pusat Khidmat ADUN Pakatan Harapan (PH) yang berhampiran.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!