Kurang oksigen punca kematian

No Image Caption
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kekurangan oksigen akibat ditutup di bahagian mulut menjadi punca kematian seorang wanita yang dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemui di Jalan Sayur Pudu, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi,

Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah

berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat mangsa pada jam 1.54 petang daripada seorang lelaki.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dalam sebuah gerai makan.

"Ketika ditemui, darah didapati keluar melalui telinga, mulut dan mata serta terdapat luka kecil di bahagian tangan kiri dan dagu mangsa.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan polis dengan sebilah pisau berhulu hitam sepanjang 19 sentimeter di bawah meja berdekatan dengan mangsa namun secara kasar tiada kesan darah pada pisau tersebut," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pada badan mangsa yang masih tidak diketahui identiti menemui suntikan BCG di bahagian lengan kiri.

Pemeriksaan di bahagian perut mendapati terdapat kesan jahitan yang disyaki jahitan selepas bersalin.
Artikel Berkaitan:


"Unit Anjing Pengesan (K9) mengesahkan mangsa disyaki datang dari sebuah bank di Jalan Pudu ke lokasi kejadian. Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi dan tiada saksi awam yang tampil membantu menyalurkan maklumat.

"Bagaimanapun, maklumat enam peniaga di lokasi kejadian diambil bagi membantu siasatan," katanya mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Punca kematian mangsa disahkan akibat kekurangan oksigen.

"Mangsa berkemungkinan besar ditutup mulut dan tidak dapat bernafas lalu mati. Terdapat kesan lebam di bawah bibir kanan si mati," katanya lagi.