Pilihan raya parlimen Algeria ditetapkan pada 12 Jun

Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune pada Khamis menandatangani dekri yang menetapkan pilihan raya Parlimen akan diadakan pada 12 Jun. Foto 123RF
Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune pada Khamis menandatangani dekri yang menetapkan pilihan raya Parlimen akan diadakan pada 12 Jun. Foto 123RF
A
A
A

ALGIERS - Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune pada Khamis menandatangani dekri yang menetapkan pilihan raya Parlimen akan diadakan pada 12 Jun, lapor Agensi Berita Xinhua.

"Tebboune turut menandatangani undang-undang pilihan raya yang baharu untuk menjamin proses pengundian yang adil dan telus," menurut kenyataan Pejabat Presiden memetik Agensi Berita APS.

Parlimen Algeria dibubarkan pada 18 Februari.

Pilihan raya itu adalah yang ketiga diadakan di bawah pemerintahan Tebboune sejak beliau memenangi pilihan raya presiden pada 12 Disember 2019.

Algeria mengadakan pungutan suara mengenai perlembagaan baharu pada 1 November 2020. - Bernama

Artikel Berkaitan: