Maahad tahfiz perlu sumbangan bina kompleks madrasah

Pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Nur Syafaat yang kini menumpang di Wisma Firdaus Simpang Renggam.
Pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Nur Syafaat yang kini menumpang di Wisma Firdaus Simpang Renggam.
A
A
A

KLUANG - Maahad Tahfiz Nur Syafaat di sini memerlukan dana sebanyak RM300,000 daripada orang ramai bagi membina sebuah kompleks madrasah di Kampung Parit Talibek, Simpang Renggam.

Pengetuanya, Muhamad Hisham Hamzah berkata, kompleks madrasah lengkap dengan asrama, dewan makan dan surau itu akan memberi kemudahan lebih selesa kepada 72 pelajar di maahad berkenaan.

Beliau berkata, Maahad Tahfiz Nur Syafaat kini menumpang di Wisma Firdaus, Simpang Renggam atas ihsan seorang individu sejak tahun 2018.

"Sebelum ini, maahad beroperasi di sebuah bangunan yang disewa di Kulai, namun diminta keluar oleh pemilik bangunan pada tiga tahun. Atas ihsan seorang individu yang prihatin, kami menumpang di Wisma Firdaus selepas itu.

"Sebanyak RM70,000 terpaksa dibelanjakan untuk memastikan kemudahan di Wisma Firdaus mengikut spesifikasi Jabatan Bomba," katanya di sini pada Khamis.

Menurut Muhamad Hisham, kutipan derma bagi pembinaan kompleks madrasah sedang dilakukan dan kini berjaya mengumpul sebanyak RM26,000.

Muhamad Hisham (tengah) menunjukkan kompleks madrasah yang sedang dalam pembinaan di Kampung Parit Talibek, Simpang Renggam.
Muhamad Hisham (tengah) menunjukkan kompleks madrasah yang sedang dalam pembinaan di Kampung Parit Talibek, Simpang Renggam.

"Sekarang ini kita baru buat kutipan semula dan berjaya kumpul RM26,000. Tujuan utama kita buka madrasah untuk ambil lebih ramai anak yatim dan orang susah untuk diberikan pengajian percuma.

Artikel Berkaitan:

"Pembinaan kompleks baharu telah pun dimulakan dengan kerja-kerja pembinaan sudah dijalankan sekitar 30 peratus bagi asrama pelajar dan guru serta dewan makan," katanya.

Beliau berkata, hampir 50 peratus pelajar maahad tersebut terdiri daripada golongan anak yatim piatu dan asnaf.

Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi talian 019-7168086 atau menyalurkan terus sumbangan ke akaun 3817112110 (Public Bank) atas nama Maahad Tahfiz Nur Syafaat.