Bawa pelajar sekolah lawat lokap, penjara dan mahkamah

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

MERAK Jalanan geleng kepala melihat dua klip video melibatkan pelajar sekolah. Satu video sekumpulan pelajar balik sekolah menunggang basikal dengan perkataan yang tidak sepatutnya di belakang baju iaitu mencaci guru.

Satu lagi video menunjukkan seorang pelajar berpakaian uniform sekolah mencampakkan buku dari atas jambatan ke dalam sungai.

Mungkin pelajar-pelajar itu beranggapan mereka bertindak berani. Namun bagi Merak Jalanan, kedua-duanya sebenarnya menunjukkan sikap biadab dan tidak bermoral.

Perbuatan mereka mendapat kecaman di media sosial, bahkan ramai pihak termasuk pendidik yang kecewa dengan sikap pelajar terbabit.

Namun, kecaman dan kecewa sahaja tidak memadai jika tiada tindakan drastik bagi memastikan perkara seperti itu berulang.

Adakah kecaman netizen beri jaminan kita tidak akan lihat lagi sikap-sikap biadab pelajar sekolah selepas ini? Sudah tentu tidak.

Melihat situasi itu, Merak Jalanan terfikir yang mereka belajar di sekolah selama ini. Nak salahkan guru, rasanya tidak adil.

Cuma, Merak Jalanan berpendapat sudah sampai masa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merombak semula silibus subjek Sivik (atau dahulu dikenali sebagai Tatarakyat) di sekolah.

Artikel Berkaitan:

Mungkin boleh jadikan subjek wajib atau core seperti mana Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Jika sebelum ini subjek Sivik lebih kepada teori, apa kata KPM merombak silibus dengan lebihkan praktikal.

Banyakkan program luar sekolah seperti mengadakan lawatan kerja amal membersihkan rumah orang-orang tua dan sebagainya.

Atau mungkin membuat lawatan ke lokap, penjara dan mahkamah untuk melihat sendiri akibatnya jika melanggar undang-undang, sekali gus membuatkan mereka insaf.