Pencapaian cemerlang Biden dalam 50 hari

Biden merupakan individu paling tua menjadi Presiden AS pada usia 78 tahun.
Biden merupakan individu paling tua menjadi Presiden AS pada usia 78 tahun.
A
A
A

PADA Rabu lalu, genap 50 hari Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memimpin negara Uncle Sam sejak beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan bangunan Capitol, Washington D.C pada 20 Januari lalu.

Beliau yang merupakan anggota parti Demokrat ialah Presiden AS paling tua kerana ketika memegang jawatan tersebut, umurnya ialah 78 tahun dan pencapaian pentadbirannya dianggap setakat ini mengagumkan media-media negara itu.

Menurut AFP, sehingga Rabu lalu, walaupun presiden itu belum mengadakan sidang akhbar dan pada hari ke-50 itu, Dewan Perwakilan AS meluluskan pakej rangsangan ekonomi bagi menangani kesan Covid-19 bernilai AS$1.9 trilion (RM7.83 trilion) iaitu yang paling besar dalam sejarah negara tersebut.

Pakej itu antaranya merangkumi bayaran sebanyak AS$1,400 (RM5,757) kepada warganegara yang layak menerimanya, membiayai pengedaran vaksin, berbilion-bilion lagi diperuntukkan untuk membantu pembukaan semula sekolah, kolej dan universiti.

Sebelum ini, pada Februari lalu, Biden memperingati seramai 500,071 orang di AS yang meninggal dunia akibat Covid-19 yang diadakan pada satu majlis di Rumah Putih, White House, Washington D.C.

Sehingga Khamis lalu, lebih 28 juta kes dan lebih 529,000 orang di AS berbanding 2.62 juta orang sudah meninggal dunia sekali gus menduduki tempat pertama dari segi bilangan kematian akibat Covid-19.

Seramai 2.62 juta orang dilaporkan meninggal dunia akibat pandemik itu di seluruh dunia sehingga Khamis lalu.

Presiden ke-46 AS itu mengangkat sumpah kira-kira dua minggu selepas berlaku keganasan yang menyebabkan lima orang mati di bangunan Capitol, Washington D.C yang dilakukan oleh para penyokong bekas Presiden, Donald Trump.

Artikel Berkaitan:

Tunjuk perasaan itu dilakukan bagi menghalang Kongres AS mengumumkan kemenangan Biden dalam pilihan raya Presiden tetapi Trump akhirnya dibebaskan daripada pendakwaan menghasut para penunjuk perasaan tersebut di Dewan Senat.

Biden juga menjadi Presiden ketika pandemik Covid-19 meragut nyawa lebih 400,000 warga AS dan memberi kesan yang serius terhadap ekonomi negara berkenaan.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sudah mentadbir negara itu lebih 50 hari selepas mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari lalu. - Foto AFP
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sudah mentadbir negara itu lebih 50 hari selepas mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari lalu. - Foto AFP

Secara faktanya, beliau yang merupakan seorang ahli politik yang mengekalkan gaya sederhana kini kelihatan popular dalam kalangan rakyat negara itu.

Berdasarkan kepada tinjauan pendapat Gallup, secara puratanya Biden memperoleh purata ratingnya ketika mentadbir AS ialah 57 peratus iaitu lebih tinggi berbanding Trump yang memperoleh 34 peratus semasa berada pada hari-hari terakhirnya di Rumah Putih.

Pakej rangsangan ekonomi itu pula kini menjadi lebih popular yang didakwa memperoleh sokongan kira-kira tiga suku daripada penduduk di negara itu yang berjumlah lebih 300 juta orang.

Tinjauan pendapat Pew menunjukkan 70 peratus menyokong pakej tersebut yang dikenali sebagai Pakej Penyelamat Amerika dengan 94 peratus terdiri daripada anggota Demokrat manakala 41 peratus lagi dalam kalangan parti Republikan.

Menurut tinjauan pendapat Politico/Morning Consult pula, pakej itu mendapat sokongan 60 peratus anggota parti Republikan yang merupakan saingan parti Demokrat.

Biden juga mencipta rekod sebagai Presiden AS paling lama tidak mengadakan sidang akhbar sejak memegang jawatan itu.

Sepanjang 50 hari pemerintahannya, beliau telah mengeluarkan 34 arahan eksekutif berbanding Trump iaitu 16 manakala 17 arahan seumpama itu dikeluarkan oleh Presiden AS ke-44, Barack Obama.

Arahan eksekutif adalah dalam bentuk tandatangan, bertulis atau arahan daripada Presiden AS yang menguruskan operasi pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Biden juga dilaporkan mengambil tindakan segera untuk memenuhi janjinya berhubung dasar-dasar mengenai iklim apabila beliau menandatangani arahan eksekutif untuk membatalkan permit pembinaan paip minyak Keystone XL dari Kanada ke Nebraska.

Beliau juga menandatangani arahan menghentikan pembangunan di kawasan Perlindungan Hidupan Liar Artik dan mengkaji semula peraturan-peraturan alam sekitar, kesihatan awam dan sains, imigresen yang diluluskan ketika pentadbiran Trump.

Menurut portal berita KTVB 7, pada 27 Januari lalu, Biden mengeluarkan arahan eksekutif untuk menghentikan pajakan baharu projek penerokaan minyak dan gas di tanah-tanah dan perairan milik persekutuan.

Terdapat 50 hari lagi bagi Presiden itu mencapai 100 hari mentadbir AS dengan melakukan banyak pembaharuan seperti janji-janjinya yang dibuat kepada penduduk negara tersebut seperti memvaksinkan 100 juta rakyatnya dengan vaksin Covid-19 dan tindakannya dalam bidang keadilan. - Agensi