X

Kindly register in order to view this article
!

Akta 446 penting lindungi hak asasi pekerja: Fadillah

FADILLAH
A
A

KUALA LUMPUR - Pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) amat penting dalam memastikan hak asasi pekerja sentiasa dilindungi, kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah dalam kenyataan pada Khamis berkata, pematuhan terhadap akta berkenaan juga amat penting dalam usaha kerajaan membendung penularan wabak Covid-19.

“Pematuhan Akta 446 juga selaras dengan keperluan antarabangsa dalam menghormati hak asasi pekerja,” katanya susulan sesi libat urus anjuran Kementerian Kerja Raya dengan penggiat industri pembinaan di sini pada Rabu.

Sesi itu dihadiri lebih 50 wakil kementerian, agensi dan peneraju industri pembinaan.

Fadillah berkata, kerjasama erat di antara agensi penguatkuasaan dan peneraju industri pembinaan adalah amat kritikal dalam menyelesaikan isu penempatan pekerja di tapak pembinaan.

“Sesi libat urus ini dilihat telah berjaya mendapatkan komitmen daripada agensi terlibat iaitu Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam mempercepatkan proses kelulusan pembinaan tempat penginapan pekerja,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!