Kelayakan Piala Dunia 2022, Piala Asia 2023 bersambung 3 Jun

AFC
AFC
A
A
A

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) pada Khamis mengumumkan baki perlawanan peringkat kumpulan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 membabitkan skuad Harimau Malaya akan bersambung pada 3 hingga 15 Jun depan.

Bagaimanapun, venue bagi setiap perlawanan masih belum ditentukan dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Menurut laman web AFC, dalam aksi Kumpulan G, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe bakal berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun diikuti Vietnam pada 11 Jun.

Aksi penutup saingan peringkat kumpulan menyaksikan skuad kebangsaan akan menghadapi Thailand pada 15 Jun.

Malaysia setakat ini berada di tangga kedua Kumpulan G dengan sembilan mata, kurang dua mata di belakang pendahulu, Vietnam. - Bernama

Artikel Berkaitan: