Ringgit ditutup tinggi 200 bps berbanding dolar AS

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup tinggi sebanyak 200 mata asas (bps) berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengekalkan kenaikan sebelumnya berikutan minat belian yang berterusan terhadap unit tempatan susulan daripada harga minyak yang stabil, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, rinnggit naik kepada 4.1050/1100 berbanding dolar AS daripada 4.1250/1280 sewaktu ditutup pada Rabu.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata, dolar AS diniagakan lemah, manakala harga minyak meningkat lagi selepas beberapa hari mengalami fasa konsolidasi, ia telah membantu sentimen risiko tempatan.

"Ini adalah kenaikan kukuh ringgit hari ini kerana kemerosotan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kebimbangan mengena inflasi berkurangan secara mendadak di sebalik data inflasi semalaman AS yang menyumbang kepada aliran masuk saham yang lebih baik ke rantau ini dan Malaysia tidak terkecuali," katanya kepada Bernama.

Ketika berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent berada pada paras AS$68.85 setong, melonjak 1.40 peratus.

Unit tempatan turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0637/0681 daripada 3.0635/0664 pada Rabu dan turun berbanding euro kepada 4.9108/9176 daripada 4.9083/9127.

Bagaimanapun, ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.7261/7339 daripada 5.7366/7425 semalam dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.7841/7894 daripada 3.7955/7987 sebelumnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: