Melaka cadang syarat wajib vaksinasi untuk mohon, perbaharui lesen perniagaan

Datuk Seri Sulaiman Md Ali
Datuk Seri Sulaiman Md Ali
A
A
A

MELAKA - Kerajaan Melaka sedang meneliti dan mengkaji cadangan untuk meletakkan syarat mewajibkan vaksinasi Covid-19 kepada peniaga yang ingin mendapatkan dan memperbaharui lesen perniagaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, perkara itu telah dibawa dalam Mesyuarat Exco pada Rabu dan akan diperhalusi sebagai salah satu langkah memastikan tiada rakyat Melaka yang tercicir menerima vaksin dalam program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Beliau berkata, cadangan kerjasama dengan PBT itu secara tidak langsung dapat mengenal pasti seramai 701,000 rakyat negeri ini sama ada telah mendaftar dengan MySejahtera atau sebaliknya.

"Kita pastikan sebelum diberikan lesen, mereka sudah daftar dengan MySejahtera atau belum supaya kita dapat kenal pasti rakyat Melaka ini tiada satu pun keciciran.

"Apabila mereka datang hidupkan lesen perniagaan, syarat hendaklah mendaftar dengan MySejahtera," katanya ketika sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada Khamis.

Sementara itu, Sulaiman berkata, sehingga Rabu, seramai 107,734 individu daripada 701,000 rakyat Melaka berusia 18 tahun ke atas yang layak menyertai program vaksinasi telah mendaftar untuk menerima vaksin melalui MySejahtera.

"Setakat ini kira-kira 24 peratus yang telah berdaftar. Kita berharap lebih ramai lagi rakyat yang akan berdaftar untuk menjayakan program vaksinasi ini," katanya.

Artikel Berkaitan: