Jakim aktifkan JAPAS, tangani ajaran sesat

DR ZULKIFLI
DR ZULKIFLI
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kembali mengaktifkan Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, jawatankuasa itu bagi memastikan segala tindakan dan gerak kerja menangani isu akidah dan ajaran sesat berjalan secara teratur.

"JAPAS akan dipengerusikan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh dan dianggotai oleh Jabatan Agama Islam Negeri serta agensi penguatkuasaan di peringkat Persekutuan," katanya menerusi laman Facebook beliau pada Khamis.

Zulkifli berkata, jawatankuasa itu dijangka akan bermesyuarat secara berskala untuk merangka tindakan secara bersepadu dan komprehensif.

Sebelum ini media melaporkan bahawa pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan meneliti tindakan sewajarnya berhubung isu agama baharu dikenali sebagai 'Agama Melayu' yang menolak ajaran Islam.

Minggu lalu, seorang wanita dan dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor atas tuduhan terbabit dengan ajaran tersebut.

Artikel Berkaitan: