UK sedia pertimbang kenakan sekatan terhadap tentera Myanmar

UK sedia mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan baharu terhadap tentera Myanmar - Foto AFP
UK sedia mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan baharu terhadap tentera Myanmar - Foto AFP
A
A
A
MOSCOW - United Kingdom (UK) bersedia mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan baharu terhadap tentera Myanmar, kata Setiausaha Luar Dominic Raab di Twitter, lapor Sputnik.

"Menyambut baik berita dari @SecBlinken mengenai sekatan selanjutnya yang menyasarkan kepentingan keluarga dan perniagaan Panglima Tentera Myanmar," kata Raab.

"UK juga sedang meneliti mengenai sekatan tambahan itu - jelas kita tidak boleh membenarkan rejim itu mengambil keuntungan daripada penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran hak asasi manusia," katanya. - Bernama
Artikel Berkaitan: