Aksi menakjubkan Philips, Kabak julang Liverpool

Salah menjaringkan gol pada kedua aksi peringkat kalah mati Liga Juara-Juara bagi membantu kemaraan Liverpool.
Salah menjaringkan gol pada kedua aksi peringkat kalah mati Liga Juara-Juara bagi membantu kemaraan Liverpool.
A
A
A

AKSI menakjubkan daripada Nat Philips dan Ozan Kabak di benteng pertahanan pada aksi kedua peringkat kalah mati Liga Juara-Juara, dilihat sebagai pencetus kepada kemenangan 2-0 Liverpool ke atas RB Leipzig pada awal pagi Khamis.

Aksi cemerlang kedua-dua pemian berkenaan turut mendapat pujian daripada pengendali The Reds, Jugen Klopp setelah dilihat berjaya mengekang asakan-asakan daripada jentera serangan gergasi Bundesliga itu.

“Kedua-dua mereka termasuk kesemua pemain pertahanan kita telah mempamerkan aksi yang menakjubkan kali ini.

“Perlawanan ini adalah perlawanan penting dan mereka turut berjaya memberikan tekanan kepada jentera serangan lawan; termasuk juga aksi terbaik daripada kesemua pemain yang diturunkan.

“Secara keseluruhannya, kehadiran Philips dan Kabak ini membolehkan Fabinho kembali ke posisi tengah bergandingan dengan Gioginio Wijnaldum dan Thiago Alcantara,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Mohamed Salah menjaringkan gol pada minit ke-70 sebelum Sadio Mane menjaringkan gol kedua pada minit ke-74 untuk mengesahkan kemaraan The Reds dengan aggregat 4-0 hasil kemenangan 2-0 pada aksi pusingan pertama kalah mati 17 Februari lalu ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Salah dan Mane masing-masing turut menjaringkan gol pada aksi pusingan pertama kalah mati berkenaan pada 17 Februari lalu.

Sementara itu, Klopp berharap agar momentum kemenangan berkenaan bakal berterusan pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dimulai dengan aksi berdepan Wolves di Molineux pada awal pagi Selasa nanti.

Artikel Berkaitan:

Katanya, The Reds kini perlu cuba untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas EPL dalam usaha mengesahkan kelayakan untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan pula.

“Kita akan menentang Wolves awal pagi Isnin Selasa nanti dan kita masih sempat untuk menyediakan pasukan menjelang perlawanan itu.

“Jika kita mampu beraksi seperti hari ini, ia pasti bukan tugas mudah untuk Wolves kerana pemain kelihatan bergembira di sepanjang perlawanan,” katanya.