Segera kemuka rayuan isu penggunaan kalimah ALLAH

Mustafa Shah
Mustafa Shah
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa supaya mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan keagamaan mereka.

Exco Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata, majoriti pemimpin kerajaan adalah Melayu, Islam dan ia selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Keputusan berkenaan tentu sekali berkait rapat dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Justeru, kerajaan wajar membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi bagi menjamin keharmonian hidup dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau merayu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan supaya segera bertindak mengemukakan rayuan keputusan itu di Mahkamah Rayuan dengan kadar yang segera.

“Sebagai sebuah kerajaan yang majoriti Melayu, Islam adalah menjadi tanggungjawab untuk mempertahankan kalimah suci umat Islam ini,” katanya.

Pada Rabu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan keagamaan mereka

Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan pengisytiharan yang dibuat seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah Tinggi benarkan penganut Kristian guna kalimah ALLAH