X

Kindly register in order to view this article
!

Ibu Ella meninggal dunia

Ibu Ella, Yang Asmah Long, 92, meninggal dunia akibat sakit tua awal pagi tadi. - Foto Instagram ellaaminuddins
A
A

SHAH ALAM - Ibu kepada ratu rock, Ella, Yang Asmah Long, 92, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Telok Gadong, Klang, awal pagi tadi.

Berita pemergian Yang Asmah ke rahmahtullah kira-kira jam 2.30 pagi itu dikongsi di laman Facebook Ella Aminuddin.

"Salam dan sejahtera. Buat makluman, mohon didoakan bonda kepada Ella, Hajah Yang Asmah Long yang pulang menemui penciptaNya sekitar jam 2.30 pagi tadi.

"Moga ALLAH ampuni, rahmati, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kubur, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah

"Kami mohon moga ALLAH kurnia inayah dan rahmat. Takziah buat ahli keluarga Puan Ella atas pemergian bonda yang dikasihi," katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, jam 11 pagi ini.

Salam dan sejahtera . Buat makluman, mohon didoakan bonda Ella, Hajah Yang Asmah Binti Long yang telah pulang menemui...

Posted by Ella Aminuddin on Wednesday, March 10, 2021


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!