Bayaran one-off RM1,000 kepada pemimpin peringkat kampung

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Pemberian one-off sebanyak RM1,000 kepada semua pemimpin di peringkat kampung di seluruh Pahang akan mula dibayar pada minggu hadapan

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian itu membabitkan seramai 675 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung Baharu (JKKB) serta timbalan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR) di negeri ini.

Menurutnya, pembayaran bawah program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) itu membabitkan peruntukan sebanyak RM675,000.

"Sebelum ini mereka hanya menerima bayaran RM250 seorang, tetapi kerajaan Pahang dalam pembentangan Belanjawan Pahang 2021 pada 16 November tahun lalu telah menambah pemberian itu sebanyak RM750.

"Penerima terbabit meliputi 543 pengerusi JKKK, 62 pengerusi JKKB dan 70 timbalan pengerusi JKKR," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berharap penerima bantuan meningkatkan lagi khidmat bakti lebih berkesan demi kemajuan dan kemakmuran kampung serta rancangan tanah yang diwakili.

Artikel Berkaitan: