Sabar tunggu de Paula ‘menggegar’

Aksi de Paula musim lalu
Aksi de Paula musim lalu
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap optimis pemain naturalisasi terbaharu, Guilherme de Paula mampu memberi ‘nilai tambah’ kepada skuad Harimau Malaya.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, peminat dan penyokong bola sepak Malaysia tidak seharusnya membuat penilaian hanya bersandarkan kepada kelibat de Paula dalam satu perlawanan.

“Kita jangan terburu-buru menilai kemampuan de Paula. Tak sepatutnya kita nak compare (bandingkan) dia dengan dengan pemain lain. Saya percaya coach Tan (Cheng Hoe) mampu membuat penilaian yang sewajarnya.

“Saya percaya de Paula masih mampu memberikan sumbangan kepada pasukan kebangsaan. Bagi dia ruang dan peluang untuk memperbaiki prestasinya dalam beberapa perlawanan lagi.

“Lagi pun kita kena ingat rekod jaringan de Paula dalam beberapa musim lalu. Adakalanya pemain tidak menyerlah dalam satu atau dua perlawanan, jadi kena sabarlah,” katanya.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi pula berkata, pemilihan de Paula sebagai pemain naturaliasi ketiga Harimau Malaya dibuat dengan ‘proses saringan’ yang betul.

“Kalau kita tengok, tak ramai pemain yang melepasi tahap untuk dinaturalisasikan. Tetapi de Paula berjaya melepasi beberapa tahap yang diperlukan sebagai salah seorang pemain naturalisasi.

“Selain itu, de Paula juga telah melalui pemilihan melibatkan jawatankuasa teknikal yang turut dianggotai oleh coach Tan. Malah, beliau yang memberikan cadangan dan pandangannya mengenai pemilihan pemain.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun ramai yang mempersoalkan mengenai faktor umur de Paula, kita kena fikir juga keperluan skuad negara sekarang yang memerlukan seorang penggempur bagi memantapkan lagi jentera serangan,” ujarnya.