Kuota haji hadiah buat rakyat Malaysia

Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji untuk setiap negara sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan kuota haji untuk Malaysia pada masa kini adalah seramai 31,600 orang.
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji untuk setiap negara sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan kuota haji untuk Malaysia pada masa kini adalah seramai 31,600 orang.
A
A
A

PENGUMUMAN kejayaan kerajaan memperoleh kuota tambahan haji memberi kelegaan buat umat Islam di Malaysia khususnya bagi mereka yang telah lama menyimpan hasrat menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Ia susulan kerajaan Arab Saudi telah bersetuju memberikan tambahan kuota haji untuk jemaah Malaysia selepas menerima permohonan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa pertemuannya dengan Putera Mahkota Arab Saudi itu di Riyadh.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji untuk setiap negara sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan kuota haji untuk Malaysia pada masa kini adalah seramai 31,600 orang.

Secara tidak langsung, penambahan sebanyak 10,000 kuota jemaah itu dapat mengurangkan masa menunggu umat Islam di Malaysia.

Pengumuman tersebut semestinya akan membuatkan Tabung Haji (TH) sebagai agensi kerajaan paling sibuk membuat persediaan rapi merangkumi pelbagai aspek di tanah air dan tanah suci bagi memastikan kelancaran umat Islam di Malaysia.

Sebagai kerajaan, Muhyiddin dan pasukannya telah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin agar umat Islam di negara ini dapat menunaikan ibadat haji sebaik mungkin.

Sebenarnya, kerajaan bukan sahaja berjaya menambah kuota haji, malah beberapa upacara keagamaan lain seperti sambutan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina juga diuruskan dengan baik.

Walaupun mungkin dengan penguatkuasaan yang amat ketat semasa kebenaran diberikan, namun terlihat kematangan rakyat Malaysia dalam mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Tidak dinafikan, terdapat juga beberapa kes tangkapan akibat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), namun sebahagian besar rakyat Malaysia telah mematuhinya.

Tahniah semua. Cabaran seterusnya adalah untuk menunaikan ibadat haji tidak lama lagi. Bagi yang mendapat kelayakan, segeralah mendapatkan suntikan vaksin.

Buktikan kepada semua, rakyat Malaysia yang terbaik dari segi disiplin dan kepatuhan undang-undang yang telah ditetapkan.

Semoga ibadat dan amalan kita diterima ALLAH SWT. Insya-ALLAH.