X

Kindly register in order to view this article
!

Bapa maut, anak cedera kereta bertembung lori

Keadaan lori dan Hilux yang terbabit dalam kemalangan di KM 22 Jalan Lipis-Merapoh pada Rabu. - Foto ihsan Polis
A
A

LIPIS - Seorang bapa maut manakala anaknya cedera apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 22 Jalan Lipis-Merapoh dekat persimpangan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam itu, Ng Kong Yuen, 40, beralamat Kampung Baru, Padang Tengku maut di tempat kejadian manakala anaknya,Ng Haw Hin, 5, mengalami kecederaan di badan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kemalangan membabitkan kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan lori treler jenis Hino yang membawa muatan barangan projek.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa lori yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun itu ingin membelok ke susur masuk CSR sebelah kanan.

Hilux yang remuk akibat kemalangan di KM 22 Jalan Lipis-Merapoh pada Rabu yang meragut nyawa pemandunya manakala penumpang cedera. - Foto ihsan Polis
Hilux yang remuk akibat kemalangan di KM 22 Jalan Lipis-Merapoh pada Rabu yang meragut nyawa pemandunya manakala penumpang cedera. - Foto ihsan Polis

"Semasa memasuki susur tersebut datang Hilux tersebut dari arah bertentangan telah melanggar bahagian hadapan lori berkenaan.

"Akibat kemalangan, pemandu Hilux maut di tempat kejadian dan penumpang hanya mengalami luka di badan manakala pemandu lori tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, siasatan awal telah dijalankan di tempat kejadian dan kenderaan terlibat akan dibawa untuk menjalani pemeriksaan di Puspakom.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis dan bedah siasat akan dijalankan selepas ujian swab Covid-19 diperoleh," jelasnya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!