Niaga hadapan emas ditutup tidak berubah

No Image Caption
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak berubah untuk hari kedua hari ini berikutan peniaga menunggu keputusan daripada rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, yang bermula Khamis ini.

Bulan semerta Februari 2019, Mac 2019, April 2019 dan Mei 2019, masing-masing tidak berubah pada RM171.30, RM171.30, RM171.60 dan RM171.70 segram.

Jumlah dagangan sifar, manakala kepentingan terbuka berjumlah 21 kontrak.

Pada 5 petang, harga emas fizikal susut 36 sen kepada RM165.99 segram. - Bernama

Artikel Berkaitan: