Pemandu lori, treler ancam nyawa pengguna disaman

Beberapa buah lori dan treler dikesan membawa bahan tidak dibenarkan seperti kayu dan besi yang diletakkan di casis kenderaan terbabit ketika Ops Halangan di Plaza Tol Bukit Raja, Klang pada Rabu.
Beberapa buah lori dan treler dikesan membawa bahan tidak dibenarkan seperti kayu dan besi yang diletakkan di casis kenderaan terbabit ketika Ops Halangan di Plaza Tol Bukit Raja, Klang pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Sebanyak 46 notis saman dikeluarkan terhadap pemandu lori dan treler yang meletakkan objek di bahagian casis sehingga membahayakan pengguna di lebuh raya dalam Ops Halangan di Plaza Tol Bukit Raja di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Nazli Md Taib berkata, objek seperti kayu atau besi untuk menyendal barangan yang dibawa sepatutnya diletakkan di dalam kenderaan.

"Pemandu berkenaan ambil mudah dengan meletakkannya di bawah badan treler atau lori. Sekiranya bahan-bahan itu terjatuh, ia akan mendatangkan bahaya kepada penunggang motosikal," katanya pada sidang media di Plaza Tol Bukit Raja di sini pada Rabu.

Operasi bersepadu julung kali diadakan itu bertujuan mengesan kenderaan perdagangan, terutama treler, semi treler, lori yang membawa bahan tidak dibenarkan seperti kayu dan besi yang diletakkan di casis kenderaan terbabit.

Menurutnya, sebanyak 776 kemalangan direkodkan PLUS Malaysia Berhad (Plus) kerana bahan-bahan yang terjatuh di lebuh raya pada tahun lalu.

"Plus memaklumkan sebanyak 19,218 bahan telah dikutip sepanjang lebuh raya di bawah kendalian pihak tersebut dengan 8,149 daripadanya direkodkan di Zon Tengah pada tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, 46.1 peratus serpihan tayar pecah, 18.4 peratus besi, kayu 11.9 peratus manakala selebihnya, lain-lain objek seperti komponen kenderaan dan barangan plastik," katanya.

Nazli berkata, sebanyak 196 notis saman turut dikeluarkan ke atas 112 kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu.

Artikel Berkaitan:

"Selain 46 notis saman atas kes kayu penyendal, terdapat juga saman atas kesalahan teknikal iaitu sebanyak 21 kes, manakala 11 kes tayar celup atau botak dan empat kes lebih muatan dan lain-lain kes," katanya.