Penjual kuih, suami direman kes bunuh jiran

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
A
A
A

SUBANG JAYA - Penjual kuih warga Indonesia dan suaminya direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh jirannya di sebuah pangsapuri di USJ 1 di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pasangan berusia 39 dan 48 tahun itu direman bermula pada Rabu hingga Isnin ini.

"Kita masih belum menemui sebarang senjata yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu. Setakat ini, belum ada pengakuan daripada suspek mengenai senjata tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Abd Khalid memaklumkan bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dijalankan selepas ujian saringan Covid-19 dilakukan.

Pada Isnin, seorang wanita tergamak menghentak rakan senegaranya sehingga mati sebelum mayatnya disorok di bawah katil di kediamannya di tingkat dua sebuah pangsapuri di USJ 1 di sini.

Motif pembunuhan itu dipercayai berpunca masalah kewangan dihadapi suspek dan terdesak membayar hutang berjumlah kira-kira RM5,000.

Artikel Berkaitan: