DBKL, Imigresen gempur Plaza Low Yat

Warga asing yang ditahan kerana masalah dokumentasi.
Warga asing yang ditahan kerana masalah dokumentasi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Imigresen (JIM) menyerbu Plaza Low Yat dalam operasi bersepadu khas terhadap aktiviti premis dikendalikan warga asing tanpa kebenaran pada Rabu.

DBKL dalam kemas kini di Facebooknya memaklumkan, sebanyak 10 premis dikenal pasti menggunakan khidmat pekerja asing tanpa kebenaran sah.

Susulan itu, DBKL melaksanakan tindakan penutupan ke atas tiga premis di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Selain itu, sebanyak tujuh kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis kerana menggajikan pekerja tanpa kebenaran yang sah di bawah UUK 20(1)(b), Undang-undang Kecil Pelesenan Dan Tred 2016.

Penutupan premis ke atas sebuah premis dalam Plaza Low Yat pada Rabu.
Penutupan premis ke atas sebuah premis dalam Plaza Low Yat pada Rabu.

" Turut dikeluarkan adalah tiga notis kompaun di bawah UUK 3(1), undang-undang yang sama kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Dalam operasi sama, seramai 16 warga negara asing daripada Bangladesh, Pakistan dan India ditahan termasuk pengendali premis oleh pihak DBKL untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut oleh JIM.

DBKL memaklumkan, operasi bersepadu bersama agensi berkaitan itu akan diteruskan dari masa ke masa.

Artikel Berkaitan:

Warga kota turut dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat dan aduan kepada pihak DBKL secara atas talian http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do