Perak sedia RM2.2 juta urus sampah luar kawasan PBT

Saarani merasmikan stesyen kutipan sampah di Kampung Sungai Semambu, Bagan Serai.
Saarani merasmikan stesyen kutipan sampah di Kampung Sungai Semambu, Bagan Serai.
A
A
A

BAGAN SERAI - Sejumlah RM2.2 juta diperuntukkan kerajaan Perak bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan pengurusan kutipan sampah di luar kawasan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT), tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, langkah itu diambil bagi memenuhi keperluan penduduk terutama di kawasan luar bandar yang sering berdepan kesukaran dalam pengurusan sampah kerana berada di luar kawasan selenggaraan PBT.

"Peruntukan itu bagi menampung kos penyediaan tapak kutipan, kos pembelian tong sampah dan juga kos perkhidmatan operasi oleh pihak PBT.

"Sebagai permulaan, perkhidmatan kutipan sampah ini akan disediakan kepada 108 kampung secara berperingkat bermula bulan ini," katanya selepas merasmikan program Kutipan Sampah Di Luar Kawasan PBT Peringkat negeri Perak di Kampung Sungai Semambu, di sini pada Rabu.

Menurutnya, sebanyak 25 kampung akan mula mendapat perkhidmatan itu pada Mac dan baki 83 kampung lagi akan bermula pada bulan April.

"Kerajaan negeri akan memperluaskan lagi program kutipan sampah ini khususnya di kampung-kampung yang terletak di luar kawasan operasi PBT pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata, kesemua 15 PBT di negeri ini akan terlibat dalam menguruskan program berkenaan.

"Perasmian stesen kutipan sampah di Kampung Sungai Semambu hari ini (Rabu) adalah sebagai permulaan sebelum diteruskan di kawasan lain," katanya.

Artikel Berkaitan: