Petrol RON97 naik lima sen, RON95 dan diesel kekal

Harga petrol RON97 naik sejumlah lima sen dari RM2.35 seliter kepada RM2.40 seliter mulai 11 Mac hingga 17 Mac ini.
Harga petrol RON97 naik sejumlah lima sen dari RM2.35 seliter kepada RM2.40 seliter mulai 11 Mac hingga 17 Mac ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit produk petroleum RON97 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM2.35 seliter kepada RM2.40 seliter manakala, harga RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter bermula esok sehingga 17 Mac depan.

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berkata, harga RON95 dan diesel dikekalkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Menurutnya, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan: