X

Kindly register in order to view this article
!

2 tahun pekerja curi barang kemas, majikan rugi RM2 juta

Nik Ezanee Mohd Faisal
A
A

PETALING JAYA - Taktik seorang wanita yang mencuri barang kemas di tempat kerjanya di sebuah kedai emas di sini sejak dua tahun lalu, akhirnya terbongkar setelah dia ditahan pada 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, wanita berusia 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Sungai Way.

"Majikannya membongkarkan taktik wanita itu yang mengikat seutas rantai emas pada pahanya ketika pemeriksaan yang dilakukan ke atas dirinya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini pada Rabu.

Nik Ezanee berkata, suspek disyaki mencuri barang kemas itu kerana rugi dalam pelaburan forex.

"Kita telah menerima laporan daripada pemilik kedai emas itu yang mendakwa mengalami kerugian RM2 juta akibat kes kecurian itu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan dua wanita dan satu lelaki berusia 27 hingga 36 tahun dalam serbuan di tiga kedai pajak di Sungai Way.

"Kita merampas pelbagai barang kemas yang disyaki dipajak oleh suspek yang dianggarkan berjumlah RM138,000. Suspek utama telah dituduh di mahkamah, manakala tiga lagi yang ditahan menjadi saksi pendakwaan," katanya.

Dalam kes berasingan, Nik Ezanee memaklumkan pihaknya memberkas seorang lelaki berusia 30 tahun yang disyaki terlibat dengan kes pecah kereta di sekitar daerah ini pada Isnin.

"Kita menemui beberapa barangan yang disyaki hasil curi termasuk 'android player' di dalam sebuah kereta," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, suspek disyaki terlibat dengan 11 kes pecah kereta.

"Kita masih mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ruben berusia 24 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes itu," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!