Abdul Hadi saran Islam dilihat dari pandangan asal

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan agar masyarakat bukan Islam melihat konteks agama Islam dari pandangan asal seperti al-Quran dan buku ilmuwan.

Menurutnya, Islam menerima hakikat masyarakat majmuk serta menetapkan ajaran agama yang berkait dengan hubungan manusia dan tuhan.

“Islam dalam sejarahnya pernah mendirikan sebuah negara di Madinah yang dalam kalangan rakyatnya adalah daripada masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Islam, Yahudi serta Kristian.

“Malah Islam menerima penganut bukan Islam di dalam Kabinet berbeza dengan ideologi kapitalisme liberal di mana hanya pemimpin-pemimpin yang sama parti sahaja yang boleh memerintah.

“Saya mengharapkan rakan-rakan bukan Islam supaya melihat Islam dari sudut yang asal seperti al-Quran dan buku ilmuwan Islam, bukannya melalui contoh orang Islam yang tidak faham akan agama Islam itu sendiri dan buku-buku orientalis,” katanya dalam siaran Facebook miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Lajnah Hubungan NGO Pas Pusat atas penganjuran Webinar Dialog Presiden Pas bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan Youtuber berbangsa Cina yang berlangsung secara dalam talian di HarakahTV.

Artikel Berkaitan: