X

Kindly register in order to view this article
!

Benteng Sungai Simunjan akan dibangunkan: Abang Johari

Abang Johari menyempurnakan perasmian Rumah Rehat Sri Simunjan ketika mengadakan lawatan kerja sehari hari ini. -Foto Bernama
A
A

SIMUNJAN (Sarawak) - Kerajaan negeri Sarawak sedang mengkaji keadaan tanah di kawasan tebingan Sungai Simunjan di sini dalam usaha membaik pulih serta membangunkan semula sebuah benteng di kawasan tebingan berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sebelum ini memang terdapat usaha untuk membina semula benteng di kawasan itu, namun tidak berjaya kerana keadaan tanah di kawasan berkenaan yang lembut dan mudah terhakis.

“Kita akan lihat kembali struktur tanah dan akan gunakan pendekatan baharu untuk bangunkan benteng yang lebih baik,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke daerah Simunjan, kira-kira 90 kilometer dari Kuching pada Rabu.

“Projek sepanjang 500 meter ini akan melibatkan kawasan di hujung pekan Simunjan sehingga hujung Kampung Sageng. Kajian struktur tanah sedang dijalankan, dan kita juga merancang untuk membangunkan kawasan ini dengan satu ‘waterfront’ (tebingan sungai),” tambahnya.

Abang Johari berkata, beliau menjangka kerja-kerja pembangunan benteng itu yang dianggarkan menelan belanja RM100 juta, akan dimulakan tahun ini.

Dalam lawatan sehari beliau ke Simunjan pada Rabu, Abang Johari turut membuat tinjauan projek penahanan hakisan Sungai Simunjan, selain turut merasmikan Rumah Rehat Kerajaan Simunjan di sini. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!