X

Kindly register in order to view this article
!

RM40 juta naik taraf Kompleks Sultan Abu bakar

Onn Hafiz (tengah) mengadakan lawatan ke Kompleks Sultan Abu Bakar pada Rabu.
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM40 juta bagi menaik menaik taraf Kompleks Sultan Abu bakar (KSAB).

Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerja-kerja naik taraf tersebut merupakan persediaan kerajaan negeri bagi menyambut pelawat dari Singapura apabila sempadan dibuka kelak.

Menurutnya, selain itu kerja-kerja naik taraf itu juga dapat mengurangkan kesesakan di KSAB sekali gus memberi keselesaan kepada pengunjung.

"Peruntukan RM40 juta itu membabitkan 29 projek yang diperuntukkan untuk menaik taraf kemudahan di KSAB.

"Ia sebagai persediaan kepada kerajaan negeri untuk menerima pelawat dari Singapura apabila sempadan dibuka kelak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Onn Hafiz, berkata pembukaan sempadan darat Malaysia - Singapura cukup penting bagi meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan di negeri ini.

Pada 1 Mac lalu, Kerajaan Johor bercadang memperkenalkan gelembung perjalanan khas kepada penerima vaksin sebagai permulaan pembukaan sempadan darat Malaysia- Singapura selepas Program Imunisasi Covid- 19 Kebangsaan dilaksanakan di negeri ini.

Sempadan Malaysia-Singapura mula ditutup sejak 18 Mac tahun lalu apabila Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!