Kempen vaksinasi Iran guna vaksin Covid-19 buatan sendiri

Iran akan melancarkan kempen vaksinasi Covid-19 untuk rakyatnya menggunakan vaksin Coviran yang dihasilkan sendiri pada Mei
Iran akan melancarkan kempen vaksinasi Covid-19 untuk rakyatnya menggunakan vaksin Coviran yang dihasilkan sendiri pada Mei
A
A
A

MOSCOW - Iran akan melancarkan kempen vaksinasi Covid-19 untuk rakyatnya menggunakan vaksin Coviran yang dihasilkan sendiri pada Mei, kata Presiden Eksekutif Imam Khomeini's Orders (EIKO) Mohammad Mokhber.

Pada awal Februari, EIKO, yang membangunkan vaksin itu bersama kumpulan farmasi Barekat berkata, Iran berhasrat menghasilkan 14 juta dos vaksin menjelang musim panas, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Tasnim pada Selasa.

Menurut seorang pegawai, Iran berpotensi besar untuk mengeluarkan vaksin buatan sendiri secara besar-besaran.Setakat ini, Iran telah melancarkan ujian klinikal terhadap tiga vaksin.

Pada awal Februari, Iran melancarkan kempen vaksinasi menggunakan vaksin Sputnik V, buatan Rusia.

Tehran juga bakal menerima 16 juta dos vaksin melalui inisiatif pengedaran antarabangsa COVAX yang diterajui Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Selain itu, Tehran turut mengimport lebih 25 juta lagi dos vaksin Covid-19 dari luar negara selain menghasilkan 25 juta dos vaksin buatan tempatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: