MUST licinkan operasi padam kebakaran

Pasukan pemadam berusaha keras dalam Ops Bayu hari ini.
Pasukan pemadam berusaha keras dalam Ops Bayu hari ini.
A
A
A

BALING - Hampir semua titik kebakaran di Gunung Baling dapat dihampiri dan dipadam pasukan penyelamat dalam Ops Bayu yang masuk hari kelapan hari ini.

Penolong Penguasa Bomba, Ketua Balai Baling, Jamil Mat Daud berkata, pasukan pemadam seramai 35 orang yang dibentuk kepada tiga kumpulan berjaya memadam kesemua titik-titik berkenaan dan kini hanya satu titik kebakaran dikesan di atas kawasan kuari lama.

Menurutnya, operasi kali ini turut dibantu pasukan Multi Skill Team (MUST) daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

"Semua spot-spot itu dapat dipadam menggunakan jet shooter, fire beater dan sos kit yang dibawa pasukan MUST daripada pasukan bomba.

"Must Team adalah pasukan khas jabatan bomba yang mempunyai multi skill. Pasukan ini amat berguna dalam Ops Bayu kali ini, "katanya kepada Sinar Harian, hari ini

Tambahnya, operasi berkenaan melibatkan keseluruhan 88 anggota daripada pelbagai agensi termasuk 15 anggota MUST.

Beliau berkata, pasukan bomba akan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

"Sekiranya tiada lagi spot kebakaran petang ni, kita akan mengecilkan skop operasi dan kurangkan keanggotaan.

Artikel Berkaitan:

"Pasukan bomba juga akan membuat pemantauan dari masa ke semasa mengunakan drone dan pemantau daripada anggota yang ada," katanya.

Beliau berkata, sekiranya dalam tempoh pemantauan hujan turun dengan lebat boleh ia menyakinkan untuk menutup operasi lebih awal.

"Tetapi sekiranya dalam tempoh pemantauan selama dua hari tiada spot kebakaran dan cuaca tidak terlalu panas kita boleh pertimbangkan untuk tutup operasi, Insya ALLAH," katanya.