X

Kindly register in order to view this article
!

Penunggang motosikal kuasa tinggi maut nahas

Pegawai Penyiasat IPD Pasir Mas, Inspektor Azizan Abdullah mengumpulkan maklumat kemalangan di tempat kejadian di Kampung Gual Mesa, Rantau Panjang pada Selasa. Gambar kecil: Muhammad Alif Aiman
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas berhampiran Kampung Gual Mesa di sini pada petang Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Muhammad Alif Aiman Ibrahim, 29, yang beralamat di Kampung Bakat Gual Periok di sini maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda CRV ang dipandu seorang wanita berusia 50 tahun dari arah Pasir Mas menghala ke arah Rantau Panjang berhenti di bahu jalan untuk membeli sayur di Kampung Gual Mesa.

"Selepas selesai membeli, pemandu CRV itu terus membuat pusingan U untuk berpatah balik ke arah Pasir Mas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, pada masa sama, motosikal yang ditunggang Muhammad Alif Aiman datang dari arah Rantau Panjang tidak sempat menekan brek atau mengelak menyebabkan berlaku pelanggaran.

"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!